Friday, December 11, 2009

Almost Lover~ A Fine Frenzy



Your fingertips across my skin
The palm trees swaying in the wind
Images...

You sang me spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick...

Well i never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me

Goodbye my almost lover
Goodbye my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?

So long my luckless romance
My back is turned on you'
Should've known that you'd bring me heartache
Almost lovers always do...

We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images

And when you left you kissed my lips
You told me you would never ever forget these images
No...

I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind

So you're gone and i'm haunted
And i bet you are just fine...

Did i make it that easy to walk right in and out of my life?...



In my own world, i have finally realised that almost lover is the kind that you should've never ever encounter dealing with...

Barang Daripada Mereka

Di sini, ela nak kongsi sebentar, barang-barang baru ela. Memang bukan mahal atau berjenama, tapi sebab bagi ela, mereka yang bagi ela barang ni adalah lebih mahal dan berjenama dari segalanya, jadi itu yang ela nak kongsi juga! Hee~

Barang pertama:

Dari Syahriah a.k.a. adik perempuan ela yang sangat comel di mata ela. Dia memang nakal, tapi dia adalah 'kakak' kepada ela sebab selalu bagi nasihat dan teguran, memandangkan ela enggan untuk dewasa.

Adik belikan ela cekak rambut. Dia pun ada belikan untuk orang lain juga. Tapi nih yang dia belikan untuk ela. Tapi ela la pilih dengan bantuan dia.


Barang kedua:

Saputangan dari Tok Tek a.k.a. tok ela. Ela rasa tok dapat banyak sangat saputangan dari aunt lok. Sebab itu lah dia bagi pada ela. Hm, ela mungkin akan bagi pada adik dan su satu. Hm... adik je la kot. Sebab su sangat macho untuk saputangan. Hehe...



Tiba-tiba teringat pula kisah tok waktu zaman jepun dulu. Tok kahwin dengan arwah tok jantan a.k.a. Pak Lomak, semasa usia tok muda lagi. Muka tok memang la rupa jepun memandangkan arwah toknyang Razak kan anak jepun...

Jadi nak dijadikan cerita waktu zaman jepun 'melawat' Tanah Melayu dulu, rupanya ada seorang pegawai jepun yang sudah syok sama tok... Haehe. Tapi tiada niat buruk apa-apa la. Tok cerita, setiap pagi waktu tok sidai baju, mesti pegawai jepun tu akan lalu tepi rumah. Jadi, setiap kali lalu tu, mesti dia akan nyanyi lagu saputangan untuk tok. Ela tak ingat nama penyanyi tuh, tapi dari Indonesia la. He~

Tapi tok mesti la akan lari masuk dalam cepat-cepat. Nak dijadikan satu hari tu arwah tok jantan belum pergi kerja, jadi, bila terdengar saja pegawai jepun tu menyanyi, dia jemput la naik ke rumah... Arwah tok jantan berbual dengan pegawai tu. Dia cakaplah,

"Yang sidai baju tu, isteri saya"

Wah! Terkejut pegawai jepun tu sebab arwah tok jantan kan memang sangat tua dari tok tek. (Tapi sila tau bahawa arwah sangat tegap tau! Hehe)

Pegawai tu minta maaf dan terus berbual lagi. Tok beritahu, kebanyakan pegawai jepun memang pandai cakap bahasa melayu, tapi gaya Indonesia. Dan lagi, mesti korang semua terkejut macam mana arwah boleh berbual dengan baik dengan askar jepun, kan?

(p/s: sebelah ni adalah gambar arwah tok jantan saya. Dikenali juga sebagai Mejar Lomak)

Menurut kata tok, sebenarnya askar jepun yang berpangkat pegawai tak jahat. Yang jahat sangat tu sebenarnya yang berpangkat rendah. Kalau mereka kacau anak dara atau orang kampung, jerit je panggil pegawai atasan jepun, pasti yang bawahan ni akan takut! Wah... Begitu rupanya...

Hm, berbalik pada pegawai jepun tadi. Lepas kejadian berbual dengan arwah, pegawai tu tidak lagi menyanyi pada tok. Tapi kadangkala kalau lalu tepi rumah, dia pasti akan tinggalkan buah-buahan atau apa saja untuk tok.

Ha, begitulah kisah saputangan pada zaman jepun. Hehe. Sebenarnya nak cerita pasal hadiah je, tapi da melalut sampai kisah zaman jepun pula. Maaf ye semua!

Tapi macam inilah dunia kecil ela :) Mesti ada je cerita yang nak disampaikan!

Majlis Pertunangan - Banyak Kes!




Hm, betul... Tak sangka dalam nak pergi ke majlis pertunangan kawan-kawan, macam-macam hal yang kelakar jadi!


29 November 2009


Ha, yang ini adalah majlis pertunangan kawan ela, Syazana Muktar. Orangnye kecil molek. Gila kan manga dan kawasan yang sewaktu dengannya. Jepun+Korea+macam-macam lagilah!


Majlis bermula sepatutnya selepas asar. Dalam 4.30 macam tu la kan? Jadi, ela dan huzai (yang akan tunang minggu depannya pula) sampai terlambat sikit la. Nak dekat 4.30 juga baru kami sampai.


Tapi rupanya bila sampai, rumah syaza pula 'blackout'! Aduhai... Nasib badan... Kesian syaza, berpanas juga la dia. Sudah la dengan pakaian tunangnye, mekapnye lagi. Hehehe. Nasib baik tak cair! Kami semua setuju, mungkin juga pihakl TNB nak sabotaj majlis syaza. Hahaha!


Jadi, ela dan huzai pun memainkan peranan sebagai pengipas budak kecil tuh. Hehe. Maklumlah, takut 'make-up' syaza cair! Tapi, walaupun tanpa elektrik, kami tetap kepoh, ye! Gambar tetap diambil. Tapi penat jugalah nak cari 'port' banyak cahaya. Nasib baik kamera abang syaza canggih! Ada 3 flashes, ye... Satu pada kamera, satu diletakkan pada rak, satu lagi?! Hm... ela kena pegang =_='


Alhamdulillah, tak lama selepas itu, TNB da insaf. Maka, dapatlah majlis berlangsung!


Di sini, ela nak ucapkan ribuan terima kasih pada keluarga syaza. Semua sekali, kerana sangat mengalu-alukan kedatangan ela dan huzai. Walaupun pada dasarnya, ela rasalah, majlis syaza tu macam lebih kepada 'privacy', keluarga dekat saja. Hehe. Nampak sangat kami nih kepoh. Tapi, terima kasih syaza kerana sudi menjemput!


Ela ucapkan tahniah, dan semoga perkahwinan nanti, TNB tak busuk ati lagi pada syaza dan rahim! Hehe. Manis sangat nampak bila syaza dan rahim berdua. InsyaAllah, semoga Tuhan memberkati hubungan anda berdua dan semoga hubungan itu kekal hingga ke alam Syurga... InsyaAllah...


5 Disember 2009


Tarikh ini pula adalah majlis pertunangan kawan ela, yang juga kecil badannya, tapi tak sekecil syaza. Hehe. Huzaidah Noor Hashim. (Ala, kawan yang pergi tunang syaza ngan ela tu la...)


Kes nak pergi rumah dia pun best! Dalam pukul 12 kami (ela dan syaza - yang bertunang minggu sudah tu...) bertolak ke rumah huzai. Tempat di Sri Saujana. Tak pernah jejak kaki. Tapi huzai da bagi map. Masuk je kawasan Sri Saujana, mula la ela dan syaza sibuk cari tasik sebelah kiri dan padang mainan sebelah kanan untuk masuk lorong sepatutnya.


Tapi disebabkan ela nih asyik sangat nak mencari tasik tu, terlepas la lorongnya. Tapi sebab 'confident' tu kan terlampau tinggi, kami masuk je ke lorong terakhir, dan pandai2 buat jalan sendiri.


Ela ingat lagi, huzai cakap rumah dia warna hijau dan ada khemah. Dia cakap kalau ada khemah tu, ha, rumah dia la! Dalam t'salah masuk lorong tu berjaya la jumpa kawasan rumah yang ada khemah, dan rumah warna hijau! Yay! Hebat juga!


Ada la dalam 2 3 orang kat khemah tu. Tapi tak nampak pula kelibat ayah huzai. Kami pun masuk la dalam rumah dan bersalam dengan semua orang rumah sampai yang di dalam dapur. Tapi rumah huzai tu tak nampak macam rumah orang nak bertunang langsung... Mereka jemput makan dulu, tapi kami cakap la nak jumpa huzai dulu.


Tapi tiba-tiba mereka semua pelik.


"Sekejap ye, nak cari siapa?"


"Er, huzaidah. Huzaidah Noor Hashim. Dia kat bilik atas ke?"


"Eh, nak cari siapa sebenarnya ni?..."


ALAMAK!!!! Salah rumah rupanya... Huu... Malunya rase... Tapi nasib baik ela ni kan pandai sikit nak berlakon ngan syaza. Hehe. Pura-pura professional la. Kami pun beritahu sebenarnye nak pergi ke sekian-sekian rumah. Hahahaha! Salah jalan!!!!!


Rupanya rumah tu memang la ada majlis juga, tapi majlis khatan anak lelaki dia!!!!! Argh!!!! Patutlah 'rumah huzai' tak nampak macam rumah nak ada majlis bertunang... =_='


Sebab konfiden sangat la, nampak je khemah dan rumah cat hijau, tak kesah nak periksa nombor jalan... Adoiya... Manalah sangka yang ada juga rumah orang lain yang akan cat warna hijau dan pasang khemah pada hari yang sama... =_='



Tapi akak tu baik, dia jemput juga makan. Tapi kalau da malu sangat, mestilah tak mau! Dengan berbekal kan alasan yang paling professional nak 'cover' malu, kami minta izin dan dapat juga bunga telor! Hehe.... Kelakar sungguh...


Hai syaza... Tak pernah dibuat orang perangai macam kita ni... Memang pengalaman yang agak memalukan, tapi seronok sangat bersama syaza tu.




Alhamdulillah, bila sampai di rumah huzai yang sebenar, kami pergi la mengepoh macam biasa. Seronok sangat. Lagi-lagi mak dan abah huzai peramah. Ha, lagi seorang adalah adik bongsu huzai, nasuha. Ela suka sangat dekat dia! Drama Queen, okay?!...


Kepada huzai, terima kasih juga kerana sudi menjemput ela dan syaza, walaupun lagi sekali ela rasakan majlis tu macam majlis untuk keluarga je. Hehe.


Doa ela semoga huzai dan pasangan, Mohd Noh, akan kekal bahagia hingga ke alam Syurga. Ela sangat terharu bila tengok noh di samping huzai, kerana ela tau betapa noh sangat menyayangi huzai...





Kata-kata terakhir untuk kawan-kawan saya berdua:


Syaza, ela sebenarnya memang sangat-sangat terharu bila tengok akhirnya syaza menjadi tunangan rahim, dan insyaAllah bakal menjadi isterinya pada tahun depan. Sebab ela dan rakan-rakan tau apa yang pernah syaza alami sebelum berjumpa dengan rahim. Tak keterlaluan bila ela cakap, sebenarnya malam selepas syaza bertunang, ela agak emosi. Tapi emosi yang gembira dan penuh kesyukuran untuk syaza. Jagalah hubungan sebaik mungkin.


Huzai, ela pun sangat-sangat gembira bila akhirnya huzai selamat ditunangkan dengan noh. Walaupun mungkin pada awalnya huzai agak takut, tapi alhamdulillah, Tuhan da tunjukkan jalan terbaik dariNya. Segala pengalaman yang membuat kan huzai dewasa, kini dapat dinikmati keredhaanNya dengan penuh kesyukuran...


Tahniah syaza dan huzai...


I am so happy and thankful for both of you.


In my own world, now i believe faithfully that any obstacles that God tested upon us, is nothing but to bestow great returns on us later. Kita sebagai hamba hanya perlu berdoa dan percaya pada keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa...



Percayalah pada hikmah dan redha atas ujian yang diberi, insyaAllah, balasan kebahagiaan akan diberi dalam masa yang kita tidak jangkakan...

Monday, December 7, 2009

My 3 Days Working Experience~

I got a job at Gelang Patah last Tuesday through a friend's suggestion and started working on Wednesday. The pay is not that high, but i don't mind. Because i'm not married and i don't have any commitments that involves big payment. Well, except for my broadband and insurance that is.

My working period was between 8.30 until 5pm, half day on Tuesday and off day on Wednesday. Which means i will have to work on Sunday. Well, again, that is actually not a big problem for me.

But problem was when it was too far from home and my granny's worries for my journey to and from Gelang Patah. Hehe. What a pity. So then on the third day, i resigned.

So that's how my new job went by. It is kind of funny and weird, right? But of course journey was not the main reason...

I only told a few of my good friends the reasons. And i really hope it will only be known among us.

And so, the process will start again... In my own world and in my small room, i will try harder to find a job.

Saturday, November 28, 2009

My Favourite Pastime

Everybody, well almost everybody, knows my passion for reading. I love to read good books. And i think it's about time that i share with people what are some of my favourite readings.



No, no... It's not the newspaper unfortunately. He~.. I know, i should and must read the newspaper. But it's just that sometimes i feel the news are all the same. And i'm actually very afraid of the real world... I don't think so i can face with all these chaotic happenings around us... It's bad, i know. Well maybe i will try and really concentrate reading the newspaper. Maybe, insyaAllah... He~

Well, for the past 5 months, i have managed to read 5 books. It's not like 1 month a book. It really depends on my time to read it. For me, reading is like something that can really relax my mind...

I've never actually buy any books before this. All these while, it's either my dad's, aunt's, cousin's or friends'. Thisa, my ex manager when i was working at Parker Randall, was the one who taught me to buy my own book! I really thank her for that.

My first books were bought on discounts. Buy two and get the 3rd book for free! Hehe, yeah, i'm a freebies person... Well, who doesn't enjoy free gits???  They were by Amy Tan, Liz Tucillo and Mende Nazer. Bought them at Borders. I love Borders!

Then i bought a book by Dan Wells, which is a very interesting book. And then for my farewell, Thisa actually bought me a book, by Tasmina Perry, a book that has many complots in it.. Whew~

These are some of the books that i've read and there are actually more books that i've read since i was in my primary... Maybe i am a book nerd. But hey, i just love to read good stories!

I hope people can find that reading is also a very beautiful hobby. Because through reading, i can dive into their world and combine them together in my own tiny world...

Saturday, November 21, 2009

~Unconditional L.O.V.E~

People said that love is unconditional. But do they really know what does that mean? I mean what do you mean by unconditional anyway?


U may open up a dictionary and they will tell u it's complete; not subject to any conditions. Could i put it as no rules & regulations then? That people can love freely, without any worries? Maybe, and maybe not.

But i do understand that when you do love someone, you just want to give all of you to that special someone. It could be your families and your friends. But at the moment, i would like to express more into 'that' special someone.


U can't really predict the future. Because if you plan to manage it properly, it would turn up the other way. Fate tends to play with our life. But don't take it the wrong way. It is not to ruin you, but i think it is to make you more stronger by the day.


I have learned my lessons and i can say that i am definitely not going to expect anything from my next love experience. I am just going to let it happen and have fun with it. Life is so short to be mourning over something that is not worth it... 


But do bear in our mind that sometimes even love needs some rules & regulations in order to keep the relationship stronger and lasts forever. But then again, nothing lasts forever...


U just have to trust yourself and have faith in your relationship.

And most importantly, have fun experiencing it!

At least this is what i have in mind about love, in my own world...

Tuesday, November 10, 2009

Oh Tok Saya...

(Maaf kawan-kawan, kadang kala ela memang akan taip melayu. Takut kalau asyik english karang, lupa daratan pula. Hehe. Dan mungkin juga akan cuba guna melayu baku... Wah gitu!..)

Pagi tadi ela dikejutkan oleh Aunt Abg sebab dia tiba-tiba cakap tok mungkin kena hantar pergi hospital. Biasanya bila Uncle Ajis datang bilik buka pintu baru ela bangun, tau! Tapi pagi tadi dengan pantas terus bangun dari katil pergi tengok tok kat bilik dia... Fuh... Ingat dah pengsan ke apa. Rupanya tangan dia makin sakit dan dia tak boleh tidur semalaman... Kesian tok. Da dua malam la kiranya tuh..

Lepas tu terus telefon bak (uncle i ye..) bagitau pasal tok. Bak sampai dalam 20 minit kemudian dan kami (bak, tok, ela dan pemandu bak) terus la pergi ke Hospital Sultanah Aminah (yang sepatutnya dekat sangat dengan rumah, tapi sebab jalan da banyak sangat tukar, ambil masa 10 minit juga la... Hm... pembangunan konon...).

Orang memang ramai. Ramai sangat. Tok diperiksa oleh Doktor Jasmi. Muda orangnye dan sangat baik. Pandai la layan tok tu... Tok kena pergi x-ray tangan dia sebab doktor takut ada patah atau retak sebab tok sakit sangat nak gerak kan tangannya. 

Lepas pergi x-ray, balik semula bilik Doktor Jasmi... Syukur... tiada tulang yang patah atau retak. Tapi doktor balut juga tangan tok, supaya tak banyak gerak. Dan nampaknya tok agak selesa dengan balutan tu. Syukur la kan? 

Dan semestinya mestilah ada penambahan 'gula-gula' baru untuk tok. Doktor bagi koyok juga untuk tampal dekat lutut tok kalau sakit sangat. Ada ubat kalsium, panadol, dan pembalut untuk ditukar kalau da kotor sangat kot.


Kadang-kadang kesian juga tengok tok tu sampai banyak sangat pil yang nak ditelannya... Tapi itu lah hakikat hidup kan? Makin kita tua makin banyak aspek yang perlu kita jaga. Dan tua tu bukan bermaksud bila umur mencapai 80 tahun ke atas, ye... Bagi ela, sekarang ni pun ela da rasa tua. Bila kita sudah mula fikirkan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang yang ada disekeliling. 


Kesihatan, kewangan, akal fikiran, tenaga dan juga hati. Banyak yang kita kena fikirkan. Kadang-kadang malu dengan tok. Umur dia 86 tahun tapi masih lagi bergerak aktif sampai sakit tangannya. Aunt Abg pula umur da 63 tahun dan masih bergerak aktif bila turun ke ofisnya (dapur la tu...). Aunt Lok? Lagi la toksah cakap... Umur 59 tahun dan masih lagi aktif bekerja sebagai GM Hanisah dan Fauziana dan tidak pernah berehat. Uncle Ajis, 53 tahun. Walaupun dia mungkin tidak seaktif orang lain, dia tetap akan menolong orang-orang di rumah ni. Selagi masih ada tenaga, tok, aunt abg, aunt lok dan uncle ajis tidak akan duduk berdiam diri...

Ela? Apa yang ela da capai dalam hidup ni? Masih belum ada apa-apa... Dan ela sudah pun berumur 25 tahun... Dan yang paling mengusik kesedaran adalah tahun 2010 bakal menjelma tidak lama lagi...  

Dalam dunia ela sendiri ni, ela sedang mencuba dan berusaha untuk mencari diri sendiri...

Saturday, November 7, 2009

The Gift of Peace ~Life~



The theatre of life has its own script. Each instant is unique. Live each moment as if it were the most important of all. You will enjoy and feel peace.
Discover your spirit and the treasure within.
Your spirit is full of peace.
Your spirit is peace...



Your thoughts guide you to your destiny. If you always think the same, you will always get to the same place. Think in a new way and you will be a new person.
Give happiness to all and you will live in peace. Create peace in your mind and you will create a world of peace around you...


~Brahma Kumaris~

Am i that busy??

That is exactly what i'm thinking right now.. Am i really that busy until i couldn't even make a phone call to look for a job?


Man, i really must change my attitude...

Friday, November 6, 2009

Freshies!!!!

Yeap, that's who i am at at the moment! Hehe... I think blogging can really help me ease my mind. It's like a therapy for me. Usually people go shopping, but i am unemployed at the moment... So, duh??? Or sometimes people eat. But i need to have a strict diet discipline!!!! ~sigh~ why me???

Anyway, i think i know what is it that i can talk about in my blog! ~aha!~ Quick thinking right?... Like what my ex-manager always said; BRILLIANT! hm, jason jason jason...

I think i can review people about my favourite books! Yeah,... that should be it. Or maybe i can share about my favourite quotes... Hm... i have like quotes from Brahma Kumaris (it's like a gift of peace) and also quotes from various aspiring people (a small scrap book compiled by my dear friend, Muzibiha. Thanx girl!).

I hope by sharing information about my recent readings, people can see and know what i like. And maybe i'll get feedback about other interesting books! ~aha!~ i can add it up to my lists then.


And also, i really hope those quotes that i'm going to share with can help people to find their inner strenght and beauty. It might not be the best one, but it's the least that i can do to help for a more peaceful thoughts...

Until then, with warm regards to the world!

Thursday, November 5, 2009

Hello to the world...



Hello world... I guess it's time for me to explore this blogging thingy huh.. People always said to me that it's easy to start a blog. No doubt bout that. But, to continue keeping the blogs alive is quite a challenge for me.

Yeah it's easy to create, but to give it an identity is quite difficult. There's the template that we have to choose, and for me, choosing a template is like choosing a personality. And at the moment, i think i would go for the simplest that i could find. The minima dark... Hehe, yeah, i even know the name of the template that i chose...

I don't expect people to follow my blog cos there is nothing fun about my life anyway... But i think maybe this can be a healthy way to express my feelings and thoughts that can be reached by my dear friends, or anyone that might be interested to share anything with me.

To tell the truth, i wasn't really interested in the idea of blogging. But something happened to my life recently and i had this urged to create my own blog so that i can express everything instead of mourning by myself... It's eating me alive. And i think blogging is working it's magic on me by now! I feel more relieved to be able to say it all in here.

So much of a welcome speech for myself, huh? Hehe. I hope i can be consistent in blogging. So, yeah... Welcome; Suhaila-in my own world!