Barang pertama:
Barang kedua:
Saputangan dari Tok Tek a.k.a. tok ela. Ela rasa tok dapat banyak sangat saputangan dari aunt lok. Sebab itu lah dia bagi pada ela. Hm, ela mungkin akan bagi pada adik dan su satu. Hm... adik je la kot. Sebab su sangat macho untuk saputangan. Hehe...
Tiba-tiba teringat pula kisah tok waktu zaman jepun dulu. Tok kahwin dengan arwah tok jantan a.k.a. Pak Lomak, semasa usia tok muda lagi. Muka tok memang la rupa jepun memandangkan arwah toknyang Razak kan anak jepun...
Jadi nak dijadikan cerita waktu zaman jepun 'melawat' Tanah Melayu dulu, rupanya ada seorang pegawai jepun yang sudah syok sama tok... Haehe. Tapi tiada niat buruk apa-apa la. Tok cerita, setiap pagi waktu tok sidai baju, mesti pegawai jepun tu akan lalu tepi rumah. Jadi, setiap kali lalu tu, mesti dia akan nyanyi lagu saputangan untuk tok. Ela tak ingat nama penyanyi tuh, tapi dari Indonesia la. He~
Tapi tok mesti la akan lari masuk dalam cepat-cepat. Nak dijadikan satu hari tu arwah tok jantan belum pergi kerja, jadi, bila terdengar saja pegawai jepun tu menyanyi, dia jemput la naik ke rumah... Arwah tok jantan berbual dengan pegawai tu. Dia cakaplah,
"Yang sidai baju tu, isteri saya"
Wah! Terkejut pegawai jepun tu sebab arwah tok jantan kan memang sangat tua dari tok tek. (Tapi sila tau bahawa arwah sangat tegap tau! Hehe)
Pegawai tu minta maaf dan terus berbual lagi. Tok beritahu, kebanyakan pegawai jepun memang pandai cakap bahasa melayu, tapi gaya Indonesia. Dan lagi, mesti korang semua terkejut macam mana arwah boleh berbual dengan baik dengan askar jepun, kan?
Menurut kata tok, sebenarnya askar jepun yang berpangkat pegawai tak jahat. Yang jahat sangat tu sebenarnya yang berpangkat rendah. Kalau mereka kacau anak dara atau orang kampung, jerit je panggil pegawai atasan jepun, pasti yang bawahan ni akan takut! Wah... Begitu rupanya...
Hm, berbalik pada pegawai jepun tadi. Lepas kejadian berbual dengan arwah, pegawai tu tidak lagi menyanyi pada tok. Tapi kadangkala kalau lalu tepi rumah, dia pasti akan tinggalkan buah-buahan atau apa saja untuk tok.
Ha, begitulah kisah saputangan pada zaman jepun. Hehe. Sebenarnya nak cerita pasal hadiah je, tapi da melalut sampai kisah zaman jepun pula. Maaf ye semua!
Tapi macam inilah dunia kecil ela :) Mesti ada je cerita yang nak disampaikan!
Aconscomce-wo_1983 Sarah Murphy Download crack
ReplyDeletemostrolethe
comlatal_sa Amanda Duarte Wondershare Repairit 4.0.5.4
ReplyDeletePrograms
Adobe Bridge
EaseUS Data Recovery Wizard
ricstydedi