Friday, December 11, 2009

Majlis Pertunangan - Banyak Kes!




Hm, betul... Tak sangka dalam nak pergi ke majlis pertunangan kawan-kawan, macam-macam hal yang kelakar jadi!


29 November 2009


Ha, yang ini adalah majlis pertunangan kawan ela, Syazana Muktar. Orangnye kecil molek. Gila kan manga dan kawasan yang sewaktu dengannya. Jepun+Korea+macam-macam lagilah!


Majlis bermula sepatutnya selepas asar. Dalam 4.30 macam tu la kan? Jadi, ela dan huzai (yang akan tunang minggu depannya pula) sampai terlambat sikit la. Nak dekat 4.30 juga baru kami sampai.


Tapi rupanya bila sampai, rumah syaza pula 'blackout'! Aduhai... Nasib badan... Kesian syaza, berpanas juga la dia. Sudah la dengan pakaian tunangnye, mekapnye lagi. Hehehe. Nasib baik tak cair! Kami semua setuju, mungkin juga pihakl TNB nak sabotaj majlis syaza. Hahaha!


Jadi, ela dan huzai pun memainkan peranan sebagai pengipas budak kecil tuh. Hehe. Maklumlah, takut 'make-up' syaza cair! Tapi, walaupun tanpa elektrik, kami tetap kepoh, ye! Gambar tetap diambil. Tapi penat jugalah nak cari 'port' banyak cahaya. Nasib baik kamera abang syaza canggih! Ada 3 flashes, ye... Satu pada kamera, satu diletakkan pada rak, satu lagi?! Hm... ela kena pegang =_='


Alhamdulillah, tak lama selepas itu, TNB da insaf. Maka, dapatlah majlis berlangsung!


Di sini, ela nak ucapkan ribuan terima kasih pada keluarga syaza. Semua sekali, kerana sangat mengalu-alukan kedatangan ela dan huzai. Walaupun pada dasarnya, ela rasalah, majlis syaza tu macam lebih kepada 'privacy', keluarga dekat saja. Hehe. Nampak sangat kami nih kepoh. Tapi, terima kasih syaza kerana sudi menjemput!


Ela ucapkan tahniah, dan semoga perkahwinan nanti, TNB tak busuk ati lagi pada syaza dan rahim! Hehe. Manis sangat nampak bila syaza dan rahim berdua. InsyaAllah, semoga Tuhan memberkati hubungan anda berdua dan semoga hubungan itu kekal hingga ke alam Syurga... InsyaAllah...


5 Disember 2009


Tarikh ini pula adalah majlis pertunangan kawan ela, yang juga kecil badannya, tapi tak sekecil syaza. Hehe. Huzaidah Noor Hashim. (Ala, kawan yang pergi tunang syaza ngan ela tu la...)


Kes nak pergi rumah dia pun best! Dalam pukul 12 kami (ela dan syaza - yang bertunang minggu sudah tu...) bertolak ke rumah huzai. Tempat di Sri Saujana. Tak pernah jejak kaki. Tapi huzai da bagi map. Masuk je kawasan Sri Saujana, mula la ela dan syaza sibuk cari tasik sebelah kiri dan padang mainan sebelah kanan untuk masuk lorong sepatutnya.


Tapi disebabkan ela nih asyik sangat nak mencari tasik tu, terlepas la lorongnya. Tapi sebab 'confident' tu kan terlampau tinggi, kami masuk je ke lorong terakhir, dan pandai2 buat jalan sendiri.


Ela ingat lagi, huzai cakap rumah dia warna hijau dan ada khemah. Dia cakap kalau ada khemah tu, ha, rumah dia la! Dalam t'salah masuk lorong tu berjaya la jumpa kawasan rumah yang ada khemah, dan rumah warna hijau! Yay! Hebat juga!


Ada la dalam 2 3 orang kat khemah tu. Tapi tak nampak pula kelibat ayah huzai. Kami pun masuk la dalam rumah dan bersalam dengan semua orang rumah sampai yang di dalam dapur. Tapi rumah huzai tu tak nampak macam rumah orang nak bertunang langsung... Mereka jemput makan dulu, tapi kami cakap la nak jumpa huzai dulu.


Tapi tiba-tiba mereka semua pelik.


"Sekejap ye, nak cari siapa?"


"Er, huzaidah. Huzaidah Noor Hashim. Dia kat bilik atas ke?"


"Eh, nak cari siapa sebenarnya ni?..."


ALAMAK!!!! Salah rumah rupanya... Huu... Malunya rase... Tapi nasib baik ela ni kan pandai sikit nak berlakon ngan syaza. Hehe. Pura-pura professional la. Kami pun beritahu sebenarnye nak pergi ke sekian-sekian rumah. Hahahaha! Salah jalan!!!!!


Rupanya rumah tu memang la ada majlis juga, tapi majlis khatan anak lelaki dia!!!!! Argh!!!! Patutlah 'rumah huzai' tak nampak macam rumah nak ada majlis bertunang... =_='


Sebab konfiden sangat la, nampak je khemah dan rumah cat hijau, tak kesah nak periksa nombor jalan... Adoiya... Manalah sangka yang ada juga rumah orang lain yang akan cat warna hijau dan pasang khemah pada hari yang sama... =_='



Tapi akak tu baik, dia jemput juga makan. Tapi kalau da malu sangat, mestilah tak mau! Dengan berbekal kan alasan yang paling professional nak 'cover' malu, kami minta izin dan dapat juga bunga telor! Hehe.... Kelakar sungguh...


Hai syaza... Tak pernah dibuat orang perangai macam kita ni... Memang pengalaman yang agak memalukan, tapi seronok sangat bersama syaza tu.




Alhamdulillah, bila sampai di rumah huzai yang sebenar, kami pergi la mengepoh macam biasa. Seronok sangat. Lagi-lagi mak dan abah huzai peramah. Ha, lagi seorang adalah adik bongsu huzai, nasuha. Ela suka sangat dekat dia! Drama Queen, okay?!...


Kepada huzai, terima kasih juga kerana sudi menjemput ela dan syaza, walaupun lagi sekali ela rasakan majlis tu macam majlis untuk keluarga je. Hehe.


Doa ela semoga huzai dan pasangan, Mohd Noh, akan kekal bahagia hingga ke alam Syurga. Ela sangat terharu bila tengok noh di samping huzai, kerana ela tau betapa noh sangat menyayangi huzai...





Kata-kata terakhir untuk kawan-kawan saya berdua:


Syaza, ela sebenarnya memang sangat-sangat terharu bila tengok akhirnya syaza menjadi tunangan rahim, dan insyaAllah bakal menjadi isterinya pada tahun depan. Sebab ela dan rakan-rakan tau apa yang pernah syaza alami sebelum berjumpa dengan rahim. Tak keterlaluan bila ela cakap, sebenarnya malam selepas syaza bertunang, ela agak emosi. Tapi emosi yang gembira dan penuh kesyukuran untuk syaza. Jagalah hubungan sebaik mungkin.


Huzai, ela pun sangat-sangat gembira bila akhirnya huzai selamat ditunangkan dengan noh. Walaupun mungkin pada awalnya huzai agak takut, tapi alhamdulillah, Tuhan da tunjukkan jalan terbaik dariNya. Segala pengalaman yang membuat kan huzai dewasa, kini dapat dinikmati keredhaanNya dengan penuh kesyukuran...


Tahniah syaza dan huzai...


I am so happy and thankful for both of you.


In my own world, now i believe faithfully that any obstacles that God tested upon us, is nothing but to bestow great returns on us later. Kita sebagai hamba hanya perlu berdoa dan percaya pada keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa...



Percayalah pada hikmah dan redha atas ujian yang diberi, insyaAllah, balasan kebahagiaan akan diberi dalam masa yang kita tidak jangkakan...

No comments:

Post a Comment